Akaun pastialulumseberangtakir.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

"PROJEK PEMBINAAN PASTI HAMPIR TERGENDALA..."

"PROJEK PEMBINAAN PASTI HAMPIR TERGENDALA..."

Pasti Al-Ulum ini terletak di Hulu Takir, Seberang Takir, Kuala Nerus. Pasti Al Ulum Hulu Takir ditubuhkan pada 1975 dengan bilangan pelajar seramai 10 orang dan 1 orang guru dengan menumpang tanah orang sehingga sekarang. Ini adalah usaha daripada pihak ALP untuk mewujudkan bangunan sendiri.


Kajian menunjukkan umur 3-5 tahun merupakan waktu perkembangan minda yang paling pesat dan penting dalam hidup seseorang. Didikan yang diterima pada waktu ini mampu membentuk jati diri dan nilai dalam diri seseorang itu. PASTI melalui silibusnya komited dalam menyediakan dan membentuk pelajarnya di peringkat prasekolah dengan cara dan nilai Islam.


PASTI Al-Ulum sedang membina dan menyiapkan bangunan PASTI itu bagi menggantikan bangunan sedia ada yang telah usang dan sangat berusia. Usaha ini dijalankan bagi meyediakan suasana prasekolah yang lebih selesa dan kondusif buat para pelajar dan guru.
 


Kompleks PASTI Al-Ulum yang sedang dibangunkan sekarang.


KEADAAN TAPAK PEMBINAAN PASTI Al-ULUM 

Ruang kelas di bangunan lama


Bayangkan, seberapa besar ganjaran pahala yang diperoleh dan saham akhirat yang dijana dengan sumbangan yang diberikan apabila ilmu yang sampai kepada kanak-kanak itu diamalkan dalam kehidupan mereka sehari-hari seumur hidup mereka.


                        

Ruang yang tidak mencukupi bagi menampung pelajar yang ramai


Oleh itu, pihak Pasti Al-Ulum sangat berharap jika tuan/puan dapat menyumbang untuk pembangunan bangunan baru dan gaji staff sekolah.

Dana yang sumbangkan akan digunakan untuk: 

  • Tile RM20K
  • Simen RM 10K
  • Pasir RM10K
  • Tingkap/pintu RM20K
  • Perpaipan RM5K
  • Sistem Pendawaian Elektrik RM30K
  • Kerusi meja pelajar RM10
  • Kerusi meja guru RM5K
  • Meja/kerusi kantin RM10K
  • Batu Crusher RM5K
  • Batu bata RM10K
  • Kos pengurusan Pasti RM 60K setahun
  • Kebajikan Murid-murid miskin RM10K
  • Hutang kontraktor RM50K


 BAGAIMANA MAHU MEMBANTU? 

Pihak PASTI Al-Ulum membuka peluang kepada tuan-tuan dan puan-puan untuk membantu kami dengan menyumbang dana 

Setiap sumbangan yang disumbangkan menjadi saham yang amat bernilai dan berpanjangan buat semua penderma. 



DANA YANG DIPERLUKAN

RM240,000.00


Pemberian yang anda bakal hulurkan sebentar lagi bakal menjadi saham di akhirat sana in shaa Allah. 


Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan diredhai oleh Allah SWT dan juga sumbangan kita menjadi asbab lahirnya  generasi yang mengamalkan dan menyebarkan Islam di masa akan datang, AMIN



Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah :

Bank Muamalat

Nama : Pasti Al-Ulum Resources

No Akaun : 1301 0006 4257 13

Letakkan reference "PASTI Ulum" untuk mudahkan pihak kami agihkan dana.




Penafian: 

1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi  : 019-9612613